Ibadat puasa adalah ibadat yang dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq [masuk waktu subuh] hingga terbenamnya matahari [masuk waktu maghrib]. Hikmah berpuasa adalah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada-NYA serta mengharapkan limpah kurniaan-NYA.
FADHILAT PUASA RAMADHAN
> Puasa yang difardhukan kepada setiap individu islam yang telah aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i, uzur puasa seperti sakit dalam perjalanan sejauh 91km atau lebih. Orang yang sakit boleh meninggalkan puasanya tetapi wajib mengqadhakan pada hari dan bulan yang lain.
> Puasa di bulan ramadhan adalah salah satu rukun islam yang kelima. Pahala melakukannya adalah tersangatlah besar.
FADHILAT PUASA-PUASA SUNAT SEPANJANG TAHUN
1. Puasa enam hari dalam bulan syawal.
~cara melakukannya adalah lebih afdal secara berturut-turut dan dimulakn pada hari kedua bulan syawal tetapi boleh dan sah jika tidak dilakukan dengan berturut-turut.
2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah).
~Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji.
~Fadhilatnya adalah sangat besar.
3. Puasa bulan muharram.
4. Puasa pada hari 'Asyura (10 muharram)
~ menghapuskan dosa setahun yang lalu
5. Puasa hari Tasu'a (9 muharram
6. Puasa bulan sya'aban.
7. Puasa pada hari isnin dan hari khamis
~hari Rasulullah dilahirkan
~hari Al-quran diturunkan
~hari Rasulullah diangkat menjadi rasul
8. Puasa hari rabu, khamis dn jumaat.
~sesiapa yang berpuasa pada hari ini, nescaya ALLAh membina untuknya sebuah istana di syurga daripada permata, yaqut, dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka.
9. Puasa pada hari putih (13, 14, dan 15 bulan islam).
10. Puasa setiap hari setiap bulan.
11. Puasa selang seli.
~sehari puasa sehari tak.
HARI-HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA
1. 1 syawal (hari raya aidilfitri)
2. 10 zulhijjah (hari raya aidiladha)
3. Hari syak.mungkin hari bermula puasa (30 sya'aban)
4. Selepas 15 sya'aban jika bukan puasa qadha atau nazar atau tiada hubungan dengan puasa pada hari sebelumnya atau bukan hari biasa berpuasa.
5. Puasa sunat bagi wanita tanpa izin suami.