Saturday, April 12, 2008

aku dan kisahku

diz is me


peace... :)

>aku ingin berkongsi kisahku ngan semua yang mengenaliku. cerita ni bermula apabila aku mula2 menjejakkan kaki d Kelantan...lucu gak laa coz aku tak pakai tudung..hehehe
turun jer dari kapal terbang aku rasa pelik coz semua yang aku nampak semuanya pakai tudung n nampak warak...aku pun apa lagi, mula la kalut mencari tudung coz orang yang jemput kami ni pun nampak warak gak..

>sampai umah family angkat jer skali lagi aku terkejut coz semua perempuan di rumah tu pakai tudung labuh. dah la baju yang aku pakai ni lengan pendek...terpaksa la aku pakai sweater...malam tu memang aku x bole tido. mana tak nya, ni la first time aku berjauhan ngan mama..ni bukan setakat sebelah negeri tapi dah menyeberang laut..


>tiba hari pendaftaran kitorang pun p kolej bersama mak angkat. ada ke patut kawn yang datang skali ngan aku ni menangis. aku ni dah la x bole tengok orang menangis coz aku pun ikut nangis..tapi aku x nangis pun..xkan nak nangis kot...jatuh la saham aku nangis depan siswa...hahaha

>sampai hostel jer aku tengok bagasi aku rosak. aku geram laa....sapa yang buat tu...hish...sakit tol hati aku. dah la dapat bilik yang aku x suka. aku x tido pun kat bilik tu. aku tido d bilik member aku.hahaha....kat bilik tu aku suka sangat coz kakak cnior dalam bilik baik. diorang la yang banyak mendorong aku untuk berubah.

>minggu orentasi lain hal pulak jadi. aku kena demam campak. aku sedih la time tu... betul2 sedih coz aku sakit tapi mama xder ngan aku..memang cabaran la masa tu.. nasib baik ada kakak2 senior yang sangat perihatin.


>mula tu aku memang x bole nak sesuaikan diri di kelantan. ngan makanannya, orangnya, percakapannya lagi. aduii!!! aku memang pening bila dengar orang kelantan bercakap. macam cakap thailand..hahaha


>aku sebenarnya x sebaik yang korang sangkakan...aku ni budak nakal yang selalu kena rotan masa skola menengah dulu. aku jarang solat, x pakai tudung, jalan pun pernah pakai seluar pendek tu.tapi senakal-nakal aku, aku x bergaul ngan lelaki sangat...hahaha


>aku bersyukur aku menuntut di kelantan coz dari sini la aku mula berubah. segalanya berubah. dari segi pemakaian dan ibadahku. ALHAMDULILLAH


>aku ada kenal ngn akak cnior ni, dia la yang jaga aku masa aku sakit masa aku sem satu
.
akak ni pelik sikit tapi aku tetap sayang dia coz dia la akak cnior yang pertama yang aku kenal. akak ni lain dari akak2 yang aku kenal. dia akan marah kalau aku rapat ngan sesapa yang dia x suka padahal aku xder kaitan ngan masalah diorang pun. tapi sekarang hubungan kitorang dah x macam dulu. aku penah marah dia coz aku dah x tahan sangat ngan perangai dia. tapi aku marah tu x bermaksud aku dah x sayang dia. aku akan sayang dia sampai bila2. kitorang dah macam orang yang x kenal. dah jarang bercakap. aku rindu saat kami bersama. aku ni kalau dah sayang orang, sampai bila2 pun aku akan sayang. cumanya sayang tu x macam "mula2" rasa sayang..akak ni aku panggil kak tim...
kak tim, kalau kak tim buka blog ni, alay nak kak tim tw yang alay akan sayang kak tim 4 eva. alay minta maaf banyak2 coz dah banyak menyusahkan kak tim sepanjang perkenalan kita.

>sem 2 aku mula berkawan rapat ngan sorang budak laki ni.ni la pertama kali aku bersahabat ngan lelaki. mula tu aku rasa pelik ngan diri aku ni. dulu aku susah nak rapat ngan lelaki. aku rapat ngan laki yang aku tol2 kenal jer. dia la tempat aku meluahkan perasaan stiap kali aku gaduh ngan kak tim. rupanya dia ni adik angkat kak tim. tapi sejak 2 menjak ni hubungan kitorang pun dah semakin renggang. x tw la napa..nama dia ammar.
ammar, kalau ammar baca blog me ni, me nk ammar tw yang me sayangkan persahabatan kita. me harap persahabatan ni akan kekal sampai bila2...me jugak nk mnt maaf kat ammar coz dah banyak menyusahkan ammar.

>hubungan aku ngn kak tim & ammar dh kembali pulih...
senang la ht aku sekarang...hehe

>skrg aku dh sem 5...
aku frust ni coz result aku sem 4 jtuh truk....:(
fmily aku dh tw dh...dpa kcewa ngn aku...sorry yer fmily ku tersayang....hehe


0 comments: