Saturday, April 12, 2008

ALLAH maha esa



sesungguhnya ALLAH maha pengampun dan maha penyanyang.
ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya.


APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!


Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahuttirmizi
Illal Liqaq





PESANAN RASULULLAH...

"Kalau nak pilih kawan, pilihlah yang dengan melihatnya kita akan mengingati Allah… Pilihlah yang menjaga solat… Bukan yang hanya bersolat kerana orang yang menjaga solat jiwanya hidup dan mati kerana Allah…. Hatinya sangat lembut, mudah terima hidayah, tidak sombong dan tidak ego...."



Bukakan Hati

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku memperkenankan permintaan orang yang meminta, apabila ia meminta kepadaKu, oleh sebab itu, perkenanlah seruanKu dan berimanlah kepadaKu, supaya mereka menempuh jalan yang lurus" (Al-Baqarah:186)

4 mesti dijaga
>1. Teguh menjaga kehormatan
>2. Redha menerima sedikit
>3. Berbuat kebaikan setiap hari
> 4. Memelihara lidah

4 tanda orang berakal
>1. Cinta pada ilmu
>2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
>3. Bagus jawabnya
>4. Banyak benarnya

3 tingkatan sifat sabar
>1. hamba yang berhenti mengeluh
>2. sufi yang puas dengan apa yang dititahkan (ini adalah tingkatan asketis)
>3. hamba yang mencintai apa saja yang dilakukan Tuhan terhadapnya (ini adalah tingkatan teman sejati Tuhan)


3 tingkatan Taubat
>1. Taubat dari melakukan dosa maksiat spt minum arak, judi, zina dll.
>2. Taubat dari penyakit hati seperti hasad dengki, ujub, sombong dll.
>3. Taubat dari sifat lalai, leka, lagha dari mengingati Allah; ubatnya zikir, baca
Quran dll


4 alamat orang beriman
>1. Meninggalkan maki
>2. Menjauhi menyakiti hati orang
>3. Lekas memberi ampun
>4. Lama baru menjatuhkan
hukuman


kemuliaan solat Tahajud
>Dia dijaga oleh Allah daripada beberapa bencana. Berkat ketaatannya, akan nampak pada wajahnya.
> Dia disukai oleh hamba Allah yang soleh dan oleh semua manusia. Ucapannya mampu mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah. Diberi cepat mengerti dan mendapat ilmu pengetahuan.
>Dia dibangunkan dari kubur dengan wajah yang putih berseri. Diringankan hisabnya. Melalui titian siratul mustaqim bagaikan kilat yang menyambar. Diberi buku catatan amalannya melalui tangan kanannya di hari kiamat. (Raudhatul Ulama).


SUBHANALLAH...
> > Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci"haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.
> Azila Bakri,
> Social Worker,
> All Women's Action Society (AWAM )



UNTUK PERINGATAN KITA BERSAMA
> > > Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
>1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
>2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
>3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

0 comments: